Thursday 30 June 2011

Assalamualaikum..
Entry kedua ini aku nak bercerita tentang perkara asas dalam fotografi. Cuba lihat gambar di bawah ini dan berikut adalah setting-settingnya.


f2.8
1/1000
iso 100
50mm

Gambar ni di ambil di tepi laut di tempat kerja aku. Senang cerita di club house a.k.a tempat makan. Aku apikasikan rule of third dalam gambar ni. Kenapa? Sebab itulah peraturannya. Bukan tak boleh nak letak di tengah-tengah cuma nampak lebih menarik jika diletakkan di tepi.

Aperture yang digunakan adalah 2.8. Mengapa? Kerana aku nak sharpkan bahagian lampu dan tiangnya tu. Max aperture yang boleh dibuka pada lens aku adalah 1.8. Tetapi jika 1.8 digunakan, bahagian tiang lampu tu mungkin akan soft atau kabur. Bokeh akan lebih menarik tapi gambar ni akan kehilangan sharp pada tiangnya.

BTW, bokeh tak bergantung kepada aperture semata-mata. Even kita masih boleh create bokeh walaupun f22! Percaya tak? Mungkin akan datang aku akan try explain bagaimana bokeh boleh terhasil dengan f22. Jumpa lagi!

Assalamualaikum..Salam Qaseh..

Alhamdulillah...terbit juga blog untuk HiA Foto..Suatu yang tak pernah untuk difikirkan dek akal semasa menubuhkannya. Walaupun masih dalam serba kekurangan baik dari segi ilmu mahupun teknikal, InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan sahabat kami.

InsyaAllah...selepas ini akan kami update blog ini dalam bentuk gambar atau berita untuk tatapan anda semua. Doakan kejayaan kami dan kejayaan kita bersama dunia dan akhirat. Salam ukhwah!