Friday 29 July 2011

Bokeh dan Cahaya

Assalamualaikum sahabat!
Alhamdulillah..kita berjumpa lagi kali ini untuk aku ceritakan mengenai bokeh dan cahaya. Maaf yang amat kerana baru kali ini aku diberi kesempatan untuk update blog ni. Banyak yang dah berlaku dalam minggu ini dan ia adalah cabaran dan dugaan dari-Nya.

Okay, cahaya memang tak boleh dipisahkan dengan kamera. Kerana cahayalah yang akan ditangkap oleh kamera. Tanpa cahaya, tiada gambar akan terhasil. Setuju? Bagaimana nak menggunakan cahaya? Sebenarnya banyak cara kita boleh gunakan untuk 'menggunakan cahaya' seperti stobis, CLS, bokeh dan sebagainya. Aku akan sentuh dulu mengenai bokeh kerana part ni yang agak senang untuk kuasai dan dilakukan.

Gambar kat bawah ni aku membokehkan cahaya. Ustaz Azhar Idrus kata cara ni dipanggil 'Holywood'. Jadi apabila kita membokehkan cahaya, maka kita akan dapat hasil seperti ini. Tapi bergantung juga pada jenis cahaya yang berada dibelakang. Mungkin cahaya tu datang dari api atau lampu jalan. Jadi hasilnya mungkin berbeza.

Begitu juga dengan lenis lens yang digunakan. Ada lens yang akan membentuk bokeh seperti hexagon, bujur dan sebagainya. Jadi praktikal, cuba dan jaya perlu dilakukan sehingga anda dapat hasil yang anda inginkan. Aku sertakan sekali setting yang digunakan. BTW, ni bukan gambar yang terbaik yang pernah aku ambil. Sekadar ingin berkongsi. Okey?


Nikon D90 with 50mm and 1/100 secon shutter speed. 1.8 aperture and 100 ISO. Nissin Mark 2 flash with diffuser bounds 90-75 degree.



Sony Alpha a33 with 50mm and 1/60 secon shutter speed. 1.8 aperture and 800 ISO. HVL-42am flash with diffuser bounds 90-75 degree.

Tuesday 19 July 2011

Play with Light

Assalamualaikum...Syukur kepadaNya aku masih berkesempatan untuk update blog ini. Syukur juga kepadaNya kerana sehingga kini aku masih diberi oeluang untuk terus menyedut oksigen yang diberi percuma. Alhamdulillah..
Okey. Cahaya. Ia adalah satu subject yang amat compleks. Sangat payah nak difahami dan sangat susah bermain dengan cahaya. Kalau masa di sekolah dulu, kita diajar yang cahaya bergerak lurus kan? Nampak mudah tapi payah nak mengawalnya. Ini dalam konteks orang amatur macam aku la. Hehehe Kalau yang pro maybe lain sikit pandangannya.
Baik, 2 gambar kali ini semasa aku bereksperiment dengan cahaya. Sumber yang aku pakai adalah dari flash kamera. Flash yang aku pakai adalah external flash HVL-42 jenama Sony. Dalam eksperiment ini aku gunakan optical wireless flash. Bermaksud flash hanya akan berfungsi jika 'pop up' flash dari body kamera kena pada external flash.
Bagi aku, bermain dengan flash memang banyak cabarannya. Untuk aku ambil salah satu gambar ni, banyak try and error yang dilakukan. Berpuluh keping gak la untuk aku dapat macamana yang aku nak. Walaupun resultnya tak seberapa, tapi alhamdulillah cukup untuk aku berkongsi dengan korang. Anda boleh gak bereksperiment macam yang aku buat. Jadi aku akan sertakan sekali setting yang aku pakai.So, enjoy!

 f2.2, 1/30 sec, ISO 400, 50mm
f3.5, 1/160sec, ISO 100, 18mm

Saturday 16 July 2011

Aku dan Sahabat

Assalamualaikum..alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu pada ruangan kali ini. Kali ini aku nak memperkenalkan seorang sahabat baik aku merangkap model tampa gaji aku. heheheh

Kawan aku ini bernama Mohd Rafiq dan dia dengan berbesar hati outing dengan aku masa hari pertunangan dia pada 14 Mei 2011. Kawan aku ni memang suka ambil gambar..suka jugak diambil gambarnya. Jadi untuk entry kali ni aku kepilkan sekali 2 kaping gambarnya untuk tatapan semua. Dua gambar ni dah di edit sedikit iaitu contras, colour dan text editor. BTW, aku tak beberapa reti sangat nak edit jadi kalau boleh nak dapatkan gambar yang 1st capture tu memang agak susah sikit la. Macamana pun seorang fotografer perlu lah yang amat sangat untuk cuba ambil gambar 'one shot'. Kenapa? Gambar yang dah sedia cantik senang nak edit. Dan kadang-kadang takperlu edit pun dah cantik dah.

Maybe lepas ni kita boleh tengok gambar yang dah sedia cantik tanpa perlu diedit. Okey?Buat masa ni kita layan dulu ok.



Thursday 7 July 2011

Bermain Dengan Bokeh

Assalamualaikum...
Kali ke dua nya aku akan ketengahkan tentang bokeh. Kali ni agak simple kerana ia sama macam entry yang lepas. Perbezaannya aku buba untuk 'ambil berat' tentang background subjek kali ini. Aku cuba untuk jadikan background nya lebih hijau supaya kena dengan subjek. Jadi bila orang tengok gambar ni dah boleh nak menggambarkan suasana yang hijau...lembut...dan nature.


Jadi pelajaran untuk hari ini adalah subjek+background. Pastikan subjek yang kita ambil ada kaitan dengan background nya. Jika subjek nya adalah kanak-kanak, maka background taman permainan boleh digunapakai. Tapi jangan terlalu berserabut pula ye.

Thursday 30 June 2011

Assalamualaikum..
Entry kedua ini aku nak bercerita tentang perkara asas dalam fotografi. Cuba lihat gambar di bawah ini dan berikut adalah setting-settingnya.


f2.8
1/1000
iso 100
50mm

Gambar ni di ambil di tepi laut di tempat kerja aku. Senang cerita di club house a.k.a tempat makan. Aku apikasikan rule of third dalam gambar ni. Kenapa? Sebab itulah peraturannya. Bukan tak boleh nak letak di tengah-tengah cuma nampak lebih menarik jika diletakkan di tepi.

Aperture yang digunakan adalah 2.8. Mengapa? Kerana aku nak sharpkan bahagian lampu dan tiangnya tu. Max aperture yang boleh dibuka pada lens aku adalah 1.8. Tetapi jika 1.8 digunakan, bahagian tiang lampu tu mungkin akan soft atau kabur. Bokeh akan lebih menarik tapi gambar ni akan kehilangan sharp pada tiangnya.

BTW, bokeh tak bergantung kepada aperture semata-mata. Even kita masih boleh create bokeh walaupun f22! Percaya tak? Mungkin akan datang aku akan try explain bagaimana bokeh boleh terhasil dengan f22. Jumpa lagi!