Friday 29 July 2011

Bokeh dan Cahaya

Assalamualaikum sahabat!
Alhamdulillah..kita berjumpa lagi kali ini untuk aku ceritakan mengenai bokeh dan cahaya. Maaf yang amat kerana baru kali ini aku diberi kesempatan untuk update blog ni. Banyak yang dah berlaku dalam minggu ini dan ia adalah cabaran dan dugaan dari-Nya.

Okay, cahaya memang tak boleh dipisahkan dengan kamera. Kerana cahayalah yang akan ditangkap oleh kamera. Tanpa cahaya, tiada gambar akan terhasil. Setuju? Bagaimana nak menggunakan cahaya? Sebenarnya banyak cara kita boleh gunakan untuk 'menggunakan cahaya' seperti stobis, CLS, bokeh dan sebagainya. Aku akan sentuh dulu mengenai bokeh kerana part ni yang agak senang untuk kuasai dan dilakukan.

Gambar kat bawah ni aku membokehkan cahaya. Ustaz Azhar Idrus kata cara ni dipanggil 'Holywood'. Jadi apabila kita membokehkan cahaya, maka kita akan dapat hasil seperti ini. Tapi bergantung juga pada jenis cahaya yang berada dibelakang. Mungkin cahaya tu datang dari api atau lampu jalan. Jadi hasilnya mungkin berbeza.

Begitu juga dengan lenis lens yang digunakan. Ada lens yang akan membentuk bokeh seperti hexagon, bujur dan sebagainya. Jadi praktikal, cuba dan jaya perlu dilakukan sehingga anda dapat hasil yang anda inginkan. Aku sertakan sekali setting yang digunakan. BTW, ni bukan gambar yang terbaik yang pernah aku ambil. Sekadar ingin berkongsi. Okey?


Nikon D90 with 50mm and 1/100 secon shutter speed. 1.8 aperture and 100 ISO. Nissin Mark 2 flash with diffuser bounds 90-75 degree.



Sony Alpha a33 with 50mm and 1/60 secon shutter speed. 1.8 aperture and 800 ISO. HVL-42am flash with diffuser bounds 90-75 degree.

No comments:

Post a Comment