Tuesday 19 July 2011

Play with Light

Assalamualaikum...Syukur kepadaNya aku masih berkesempatan untuk update blog ini. Syukur juga kepadaNya kerana sehingga kini aku masih diberi oeluang untuk terus menyedut oksigen yang diberi percuma. Alhamdulillah..
Okey. Cahaya. Ia adalah satu subject yang amat compleks. Sangat payah nak difahami dan sangat susah bermain dengan cahaya. Kalau masa di sekolah dulu, kita diajar yang cahaya bergerak lurus kan? Nampak mudah tapi payah nak mengawalnya. Ini dalam konteks orang amatur macam aku la. Hehehe Kalau yang pro maybe lain sikit pandangannya.
Baik, 2 gambar kali ini semasa aku bereksperiment dengan cahaya. Sumber yang aku pakai adalah dari flash kamera. Flash yang aku pakai adalah external flash HVL-42 jenama Sony. Dalam eksperiment ini aku gunakan optical wireless flash. Bermaksud flash hanya akan berfungsi jika 'pop up' flash dari body kamera kena pada external flash.
Bagi aku, bermain dengan flash memang banyak cabarannya. Untuk aku ambil salah satu gambar ni, banyak try and error yang dilakukan. Berpuluh keping gak la untuk aku dapat macamana yang aku nak. Walaupun resultnya tak seberapa, tapi alhamdulillah cukup untuk aku berkongsi dengan korang. Anda boleh gak bereksperiment macam yang aku buat. Jadi aku akan sertakan sekali setting yang aku pakai.So, enjoy!

 f2.2, 1/30 sec, ISO 400, 50mm
f3.5, 1/160sec, ISO 100, 18mm

No comments:

Post a Comment